UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :LC Special aspects of education
Main Author :Parthiban Govindasamy
Title :Hubungan kesediaan pengetahuan mengajar guru pendidikan khas dengan kesediaan guru dalam mengajar kemahiran hidup (masakan) (IR)
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2019
Notes :masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan mengukur hubungan kesediaan pengetahuan mengajar guru pendidikan khas dengan kesediaan guru dalam mengajar kemahiran hidup (masakan) kepada murid-murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran di Pahang. Reka bentuk kajian ini ialah kajian korelasi dengan menggunakan Model Pengetahuan Guru Shulman dan Model Pengetahuan Guru Grossman. Kajian ini adalah bersifat kuantitatif. Pengkaji memilih seramai 200 orang guru pendidikan khas sebagai sampel kajian secara rawak. Instrumen soal-selidik digunakan dalam bentuk skala Likert 5 poin bagi memperoleh data empirikal tentang kesediaan pengetahuan mengajar guru pendidikan khas. Data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif dan inferens yang melibatkan ujian-t, ANOVA dan korelasi Pearson yang menerangkan perbezaan serta hubungan antara pemboleh ubah kajian. Analisis deskriptif menunjukkan guru- guru bersetuju mempunyai kesediaan pengetahuan guru dalam tujuh dimensi dengan nilai purata (M= 4.32, S.P= 0.240). Sementara itu, dalam analisis inferens sebanyak empat hipotesis nul telah diuji dan keempat-empat hipotesis nul tersebut telah ditolak. Hasilnya, dapat dirumuskan bahawa terdapat perbezaan kesediaan pengetahuan mengajar guru pendidikan khas dalam mengajar mata pelajaran kemahiran hidup (masakan) kepada murid-murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran berdasarkan jantina guru, kelayakan akademik dan pengalaman guru mengajar. Analisis korelasi menunjukkan wujud hubungan yang kuat dan signifikan (r = 0.707 ; p < 0.05) antara pengetahuan guru dengan kesediaan pengetahuan mengajar guru pendidikan khas dalam mengajar mata pelajaran kemahiran hidup masakan di sekolah rendah. Kesimpulannya, dapat disimpulkan bahawa guru-guru pendidikan khas yang mengajar kemahiran hidup percaya bahawa mereka mempunyai kesediaan pengetahuan mengajar subjek masakan. Implikasi daripada kajian ini pihak kementerian dan juga jabatan dapat mengetahui kesediaan pengetahuan mengajar guru serta kesediaan guru.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)